Home

Rabu, 4 Jun 2014

Jadikan Kerja Memotong Rumput Sebagai Kerja Sambilan Di Hujung Minggu





Imej: Carian Google
Teks: Nazirah Hassan

Assalamualaikum...

Seronok rasanya hari ini kerana saya dapat menulis blog untuk anda walaupun agak sibuk menguruskan 3 anak di rumah.

Saya di sini mengambil kesempatan yang ada untuk berkongsi idea mengenai peluang menjana pendapatan sambilan hujung minggu di rumah sebagai pemotong rumput.

Saya merasa kagum sekali dengan semangat yang ditunjukkan oleh saudara saya apabila dia terpaksa menghabiskan masa cuti  bersama anak-anak dengan melakukan kerjaya sambilan sebagai pemotong rumput semata-mata mahu mencari pendapatan tambahan untuk keluarga.

Bermula dengan mengambil upah memotong rumput di beberapa buah rumah di kawasan perumahan, kini saudara saya boleh menarik nafas lega apabila kerja sambilan yang dilaksanakannya itu semakin mendapat permintaan yang ramai. Terasa begitu luar biasa sekali permintaan yang diterima oleh saudara saya hinggakan dia sendiri kadang-kadang tidak cukup tangan untuk menguruskannya seorang.

 Saudara saya terpaksa mencari pembantu bagi menolongnya bersama. Untuk pengetahuan anda, saudara saya kini berjaya mendapat RM2000 sebulan hanya melakukannya pada waktu lapang. Hasilnya mengalahkan pendapatan tetap, bukan???

Tugas seorang pemotong rumput bukan sekadar memotong rumput, malahan kerja pembersihan selepas memotong, serta pembuangan sisa-sisa memotong agar kawasan yang dipotong nampak kemas dan bersih.

Oleh kerana kerja memotong rumput ini agak detail kerjanya, maka upah yang dibayar oleh pelanggan adalah agak tinggi.

Upah yang diterima oleh pekerja sambilan ini boleh mencecah ratusan ringgit untuk sebuah rumah bergantung kepada keluasan unit rumah tersebut.

Bayangkan jika anda hanya bekerja sehari sahaja seminggu sebagai pekerja pemotong rumput sambilan, dan anda mendapat hanya seorang pelanggan sahaja dalam setiap minggu yang membayar RM150, sebulan anda sudah berjaya mengumpul RM600 dengan mudah!

Bagi saya adalah mustahil anda hanya mendapat seorang pelanggan sahaja setiap minggu, padahal saudara saya  mampu mendapat 10 pelanggan tetap seminggu!

Kadar upah minima yang biasa dibayar oleh pelanggan bagi rumah teres biasa lebih kurang RM45.00. Itu hanya pada kadar minima dan keluasan tanah tersebut adalah pada saiz rumah taman biasa.

Kadar yang saya nyatakan itu adalah tersangat murah harganya berbanding perkhidmatan yang ditawarkan oleh pekerja sambilan yang lain.

Terpulang kepada anda untuk meletakkan harga bagi hasil yang telah anda lakukan.
Perkhidmatan kerja yang baik serta penawaran harga yang berpatutan membantu anda mendapat lebih ramai pelanggan.

Jangan lupa untuk tinggalkan nombor telefon anda atau kad nama kepada pelanggan anda. Perkhidmatan anda bukanlah hanya sekali malah berkali-kali akan diterima oleh pelanggan anda. Bila sudah ada pelanggan tetap, lebih mudah kerja anda.

Haaaa.....setakat itu yang mampu dikongsikan pada anda. Di harap anda dapat merebut peluang ini dengan senang hati.

Semoga berjaya,

Nazirah Hassan

(Kepada sesiapa yang mahukan perkhidmatan memotong rumput area Alor Setar, Kepala Batas, dan Jitra, anda bolehlah menghubungi nombor telefon berkenaan : 011-24041522). Kediaman anda dijamin kemas dan sempurna!!!