Home

Rabu, 4 Jun 2014

Jadikan Kerja Memotong Rumput Sebagai Kerja Sambilan Di Hujung Minggu





Imej: Carian Google
Teks: Nazirah Hassan

Assalamualaikum...

Seronok rasanya hari ini kerana saya dapat menulis blog untuk anda walaupun agak sibuk menguruskan 3 anak di rumah.

Saya di sini mengambil kesempatan yang ada untuk berkongsi idea mengenai peluang menjana pendapatan sambilan hujung minggu di rumah sebagai pemotong rumput.

Saya merasa kagum sekali dengan semangat yang ditunjukkan oleh saudara saya apabila dia terpaksa menghabiskan masa cuti  bersama anak-anak dengan melakukan kerjaya sambilan sebagai pemotong rumput semata-mata mahu mencari pendapatan tambahan untuk keluarga.

Bermula dengan mengambil upah memotong rumput di beberapa buah rumah di kawasan perumahan, kini saudara saya boleh menarik nafas lega apabila kerja sambilan yang dilaksanakannya itu semakin mendapat permintaan yang ramai. Terasa begitu luar biasa sekali permintaan yang diterima oleh saudara saya hinggakan dia sendiri kadang-kadang tidak cukup tangan untuk menguruskannya seorang.

 Saudara saya terpaksa mencari pembantu bagi menolongnya bersama. Untuk pengetahuan anda, saudara saya kini berjaya mendapat RM2000 sebulan hanya melakukannya pada waktu lapang. Hasilnya mengalahkan pendapatan tetap, bukan???

Tugas seorang pemotong rumput bukan sekadar memotong rumput, malahan kerja pembersihan selepas memotong, serta pembuangan sisa-sisa memotong agar kawasan yang dipotong nampak kemas dan bersih.

Oleh kerana kerja memotong rumput ini agak detail kerjanya, maka upah yang dibayar oleh pelanggan adalah agak tinggi.

Upah yang diterima oleh pekerja sambilan ini boleh mencecah ratusan ringgit untuk sebuah rumah bergantung kepada keluasan unit rumah tersebut.

Bayangkan jika anda hanya bekerja sehari sahaja seminggu sebagai pekerja pemotong rumput sambilan, dan anda mendapat hanya seorang pelanggan sahaja dalam setiap minggu yang membayar RM150, sebulan anda sudah berjaya mengumpul RM600 dengan mudah!

Bagi saya adalah mustahil anda hanya mendapat seorang pelanggan sahaja setiap minggu, padahal saudara saya  mampu mendapat 10 pelanggan tetap seminggu!

Kadar upah minima yang biasa dibayar oleh pelanggan bagi rumah teres biasa lebih kurang RM45.00. Itu hanya pada kadar minima dan keluasan tanah tersebut adalah pada saiz rumah taman biasa.

Kadar yang saya nyatakan itu adalah tersangat murah harganya berbanding perkhidmatan yang ditawarkan oleh pekerja sambilan yang lain.

Terpulang kepada anda untuk meletakkan harga bagi hasil yang telah anda lakukan.
Perkhidmatan kerja yang baik serta penawaran harga yang berpatutan membantu anda mendapat lebih ramai pelanggan.

Jangan lupa untuk tinggalkan nombor telefon anda atau kad nama kepada pelanggan anda. Perkhidmatan anda bukanlah hanya sekali malah berkali-kali akan diterima oleh pelanggan anda. Bila sudah ada pelanggan tetap, lebih mudah kerja anda.

Haaaa.....setakat itu yang mampu dikongsikan pada anda. Di harap anda dapat merebut peluang ini dengan senang hati.

Semoga berjaya,

Nazirah Hassan

(Kepada sesiapa yang mahukan perkhidmatan memotong rumput area Alor Setar, Kepala Batas, dan Jitra, anda bolehlah menghubungi nombor telefon berkenaan : 011-24041522). Kediaman anda dijamin kemas dan sempurna!!!

Selasa, 3 Jun 2014

Perkhidmatan Menaip Tesis/Full Assignment/Artikel/Kertas Kerja


Imej: Carian Google
Teks: Nazirah Hassan

Assalamualaikum...

Selain penulis blog, saya turut menyediakan perkhidmatan menaip tesis, artikel, full assignment, kertas kerja, novel serta sebarang artikel yang menggunakan microsoft word, powerpoint dan excel.
  • TESIS - Semua Peringkat Pengajian Tinggi tidak kiralah peringkat Diploma, Ijazah, Master mahupun PHD
  • ARTIKEL - Semua artikel ilmiah, jurnal, dokumentari, rencana dan yang sama waktu dengannya.
  • ASSIGNMENT - Sebarang bentuk assignment, kerja kursus individu mahupun group
  • KERTAS KERJA - Kertas kerja berupa draf/proposal dan juga seminar
  • NOVEL - Separuh atau novel penuh
Faktor masa yang suntuk untuk menyiapkan sebarang tugasan dan dan juga dengan keadaan anda yang sedang bekerja sambil belajar menyebabkan anda langsung tidak punya waktu menghabiskan tugasan menaip anda.

Oleh yang demikian, saya tampil memberi perkhidmatan menaip kepada anda yang memerlukan di saat genting!!! 



Harga yang saya tawarkan sangat berpatutan iaitu;

RM3.00 -------- 1 hingga 50 mukasurat

RM2.00 -------- 51 mukasurat dan ke atas

Bagi yang berada di sekitar Kedah dan Perlis, anda boleh terus berjumpa dengan saya dan kepada yang berada di luar kawasan tersebut, anda bolehlah mengirimnya ke alamat saya secara penghantaran pos.

Mulakan langkah pertama anda dengan menghubungi saya terlebih dahulu, di nombor ini  011-24041522 atau email nazmai87@yahoo.com

Sekian dari saya,

Nazirah Hassan

Isnin, 21 April 2014

Amaran Untuk Anda Yang Mahukan Kebebasan Kewangan Dalam Masa 5 Tahun...Bagaimana???


Imej: Carian Google
Teks: Nazirah Hassan

Assalamualaikum...

Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.

Berkenaan dengan tajuk di atas, adakah anda menghadapi situasi berikut;

  • Masalah kewangan serta kemahuan untuk mendapatkan wang tambahan?
  • Terpaksa melakukan kerja yang membosankan setiap hari?
  • Isteri atau ibu bapa anda berleter kerana tidak punya cukup wang untuk kegunaan harian.

Jika Ya, anda harus menceburkan diri dalam satu bidang perniagaan terhebat di dunia ini! Iaitu bisnes gayapos. Kenapa ya...?
Kerana perniagaan terulung ini menjanjikan kebebasan kewangan yang anda mahukan selama ini. Mari saya tunjukkan,

  1. Dengan kos beberapa ringgit sebagai modal, selalunya kurang dari RM100.
  2. Tidak perlu pejabat, pekerja-pekerja,mesin-mesin yang kompleks. Anda boleh jadi jutawan dalam 'perniagaan kertas'.
  3. Mulakan bisnes ini hanya dari meja makan.
  4. Anda boleh mulakan dengan produk yang anda idamkan selama ini.
  5. Anda bebas dari bos yang cerewet, gaji rendah, kerja lebih masa yang terlalu banyak dan masa depan yang gelap, untuk selamanya! Apa yang perlu anda lakukan hanya rebut peluang terhebat ini.

Melalui perniagaan gayapos, tidak memerlukan anda untuk bersemuka dengan pelanggan untuk menjual produk. Anda boleh memilih untuk menjual sesuatu yang anda suka lakukan!

Bakal jutawan yang menjual produk atau perkhidmatan yang mereka suka, adalah lebih berjaya daripada mereka yang menjual produk atau perkhidmatan hanya kerana duit semata-mata.

Terdapat beberapa produk yang boleh anda jual dan yang pastinya menjanjikan keuntungan yang berlipat kali ganda iaitu produk maklumat.Berbanding produk lain seperti makanan,kesihatan,pakaian,produk maklumat adalah bisnes yang paling menguntungkan di dunia ini! Produk maklumat memberikan anda keuntungan berlipat kali ganda berbanding produk yang telah saya senaraikan di atas.

Antara produk maklumat yang boleh anda jual:

  • Cara menambah pendapatan, kerja sambilan di rumah
  • Cara membuat pemasaran, jualan, memberi syarahan di khalayak ramai
  • Penyelenggaraan kereta dan motor
  • Ukiran, baikpulih rumah
  • Teknik penulisan novel, buku dan artikel


Sekadar perkongsian ringkas buat anda dari saya. Diharap penerangan ini sedikit sebanyak memberi buah fikiran serta idea untuk anda memulakan langkah pertama sebagai usahawan gayapos.

Akhir sekali, saya ingin memetik kata semangat dari tokoh berjaya dari barat yang berbunyi,

"Nasib baik dan kemewahan hanya hadir kepada orang yang berusaha  mencari peluang...'.

Sama-sama kita renungkan...

Cebisan kata,
Nazirah Hassan

(Sekiranya terdapat sebarang persoalan, anda boleh kemukakannya melalui email ini, - nazmai87@yahoo.com)













Ahad, 20 April 2014

Surirumah Buat RM35,000 Sambil Jaga Anak!




Imej: Carian Google
Teks: Nazirah Hassan

Bertemu kembali saya dengan pengunjung setia blog ini.


Mesti anda terkejut melihat kenyataan di atas. Benarkah kenyataan ini?


Jawapan simple dari saya, YA!


Tapi bagaimana surirumah ini melakukannya? Kerja apa yang beliau lakukan?


Juga cuma satu sahaja jawapan dari saya, beliau menjalankan bisnes gayapos!


Haa...itulah rahsianya. Anda juga mampu melakukannya seperti beliau! Sahut cabaran ini dengan yakin bahawa anda juga boleh berjaya dan membuat banyak wang melebihi  surirumah tadi. Anda mampu mengubah kehidupan anda ke tahap yang lebih baik dan membanggakan bermula dari sekarang!


Terdapat beberapa teknik dan strategi kekayaan yang perlu anda tahu yang dipegang oleh surirumah tadi, antaranya:



  • Bagaimana beliau menjana RM35,956.40 dalam 30 hari!
  • Rahsia beliau membina 65,000 list prospek dalam masa singkat!
  • Bagaimana beliau menukarkan RM100 kepada RM500 dengan teknik rahsia Ini!
  • Strategi yang beliau gunakan untuk menjana RM435,200 dalam masa 7 bulan!
  • Rahsia seorang surirumah menjana pendapatan RM35,000 sambil menjaga 3 orang anak dirumah!


Anda boleh membaca laporan rahsia ini secara PERCUMA dengan melawat di sini:


--> http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/Nazirah


Setakat ini panduan yang mampu saya berikan buat anda. Sama-sama kita doakan kehidupan kita akan lebih tenang dan cemerlang selepas ini. InsyaAllah.


Semoga berjaya,


Nazirah Hassan


Jumaat, 18 April 2014

Bagaimana Mahu Mencipta Kejayaan Dengan Bisnes Internet!


Imej: Carian Google
Teks: Nazirah Hassan

Assalamualaikum...

Saya teruskan lagi kalam saya dengan "5 Teknik Mencipta Kejayaan Dalam Bisnes Internet". Teknik ini saya ambil dari seorang jutawan tanahair negara.
Sila baca teknik ini segera!!!

Perniagaan Internet #5 - Google Adsense

Google menjana pendapatan jutaan dollar melalui perniagaan
iklan yang dipanggil adwords. Iklan-iklan adwords ini boleh
anda dapati di sebelah atas dan kanan setiap kali anda membuat
carian di google.

Google juga menawarkan kepada kita untuk berkongsi pendapatan
iklan ini dimana anda boleh menyiarkan iklan-iklan adwords ini
diweb anda dan program ini dipanggil google adsense. Katakan
dalam sehari 100 orang telah klik iklan adsense anda dan
setiap klik anda dibayar 20 sen, bermakna sehari anda telah
mendapat 100x0.20 = RM20. Dalam masa sebulan anda boleh menjana
antara RM500-RM1000 dengan adsense ini. Jangan terperanjat
jika ada yang mencecah sehingga RM100 perklik!

2 cara untuk memaparkan iklan adsense ini ialah melalui blog
atau forum. Anda boleh membuat blog-blog yang menghiburkan,
kelakar atau informatif. Ini akan  membuatkan pelawat untuk datang
selalu ke blog atau forum anda dan menghabiskan masa disana
dan siapa tahu ramai yang akan klik iklan adsense anda nanti.


Perniagaan Internet #4 - Buat ebook

Tahukah anda seorang nenek, Margie yang menulis ebook tentang
penyakit arthritis(sendi) yang hidapinya dan menjadi jutawan
segera. Beliau menjual ebook tentang cara beliau menyembuhkan
penyakit tersebut dengan harga $40 sebuah dan terjual lebih
210,000 download! (Peh.. lebih RM8.4 juta daripada sebuah ebook!!)

Perlu diingat anda perlu menulis sesuatu ebook yang mampu
menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh orang lain dan
mereka sanggup membayarnya. Antara topik hangat ebook yang
mendapat sambutan diinternet ialah teknik temuduga, buat duit,
pemasaran internet dan banyak lagi.


Perniagaan Internet #3 - Ebay

Bagi mereka yang sudah lama melayari internet tentu ebay sudah
tidak asing lagi. Walaupun ianya agak lama, masih ramai yang
menjalankan perniagaan internet melalui ebay dan mendatangkan
pulangan yang lumayan. Konsep perniagaan ebay agak mudah,
anda beli barang murah dan jual dengan harga untung.

Cara termudah untuk anda memulakan bisnes ebay ialah dengan
melihat disekeliling rumah anda. Sudah tentu ada barang yang
tidak diperlukan tetapi masih elok, dan ini boleh mendatangkan
duit diebay.

Contohnya jual barang terpakai, hadiah perkahwinan yang tak
digunakan, buku-buku lama, barangan sukan lama, jam tangan
lama, pakaian, perfume dan juga barang yang besar seperti kereta
antik dan sebagainya. Untuk melariskan jualan, saya sarankan anda
berikan penghantaran percuma kerana ini boleh meningkatkan jualan.

Jangan terkejut apabila saya beritahu komik \\"Superman 1938\\"
telah dijual diebay dengan harga
RM3,000,000 (RM3 juta!) wow!!


Perniagaan Internet #2 - Youtube

Youtube adalah laman web ketiga paling ramai pengunjung selepas
facebook dan google. Ideanya disini ialah anda boleh gunakan
pengunjung youtube untuk melawat blog atau website. Sudah tentu
trafik daripada youtube memang ramai dan yang penting sekali ianya percuma!

Pastikan sebelum anda membuat sesuatu video, siapkan blog atau
web dahulu. Dalam video anda boleh letakan link blog anda. Jika
video anda menarik dan unik, ramai yang akan klik link dibawah
video dan terus ke blog anda. Diblog anda boleh gunakan google
adsense untuk buat duit atau membina list untuk produk anda.


Perniagaan Internet #1 - Aplikasi Iphone

Jangan panik apabila saya katakan membina aplikasi iphone boleh
menjadikan anda jutawan segera. Video game Angry Birds menjana
lebih RM30 Juta dalam masa setahun. Dan game Doodle Jump pula menjana
RM36 Juta dalam tempoh yang sama dengan lebih 28,000 download sehari.

Cara termudah untuk membuat aplikasi iphone ialah dengan mengupah
orang lain membuatnyadi o-desk atau elance. Anda buatkan satu
visual game tersebut dengan powerpoint dan programmer boleh
menciptanya untuk anda dengan bayaran minima.

Siapa tahu aplikasi iphone anda bakal meletop seluruh dunia.
Yang penting anda perlukan sedikit kreativiti dan mereka
di elance akan jadikan ianya realiti.

All rite, jangan lupa untuk mulakan salah satu daripada bisnes
internet diatas. Lagi lama anda menunggu... alangkah ruginya.

(Sumber: jihadbisnes@gmail.com)


Saya berharap panduan di atas dapat membantu anda melengkapkan kejayaan di dalam bisnes internet.

Saya mengundur diri dahulu, kiranya terdapat beberapa persoalan yang ingin ditanya, boleh kemukakannya menerusi email saya (nazmai87@yahoo.com).


Sekian,

Nazirah