Home

Jumaat, 18 April 2014

Bagaimana Mahu Mencipta Kejayaan Dengan Bisnes Internet!


Imej: Carian Google
Teks: Nazirah Hassan

Assalamualaikum...

Saya teruskan lagi kalam saya dengan "5 Teknik Mencipta Kejayaan Dalam Bisnes Internet". Teknik ini saya ambil dari seorang jutawan tanahair negara.
Sila baca teknik ini segera!!!

Perniagaan Internet #5 - Google Adsense

Google menjana pendapatan jutaan dollar melalui perniagaan
iklan yang dipanggil adwords. Iklan-iklan adwords ini boleh
anda dapati di sebelah atas dan kanan setiap kali anda membuat
carian di google.

Google juga menawarkan kepada kita untuk berkongsi pendapatan
iklan ini dimana anda boleh menyiarkan iklan-iklan adwords ini
diweb anda dan program ini dipanggil google adsense. Katakan
dalam sehari 100 orang telah klik iklan adsense anda dan
setiap klik anda dibayar 20 sen, bermakna sehari anda telah
mendapat 100x0.20 = RM20. Dalam masa sebulan anda boleh menjana
antara RM500-RM1000 dengan adsense ini. Jangan terperanjat
jika ada yang mencecah sehingga RM100 perklik!

2 cara untuk memaparkan iklan adsense ini ialah melalui blog
atau forum. Anda boleh membuat blog-blog yang menghiburkan,
kelakar atau informatif. Ini akan  membuatkan pelawat untuk datang
selalu ke blog atau forum anda dan menghabiskan masa disana
dan siapa tahu ramai yang akan klik iklan adsense anda nanti.


Perniagaan Internet #4 - Buat ebook

Tahukah anda seorang nenek, Margie yang menulis ebook tentang
penyakit arthritis(sendi) yang hidapinya dan menjadi jutawan
segera. Beliau menjual ebook tentang cara beliau menyembuhkan
penyakit tersebut dengan harga $40 sebuah dan terjual lebih
210,000 download! (Peh.. lebih RM8.4 juta daripada sebuah ebook!!)

Perlu diingat anda perlu menulis sesuatu ebook yang mampu
menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh orang lain dan
mereka sanggup membayarnya. Antara topik hangat ebook yang
mendapat sambutan diinternet ialah teknik temuduga, buat duit,
pemasaran internet dan banyak lagi.


Perniagaan Internet #3 - Ebay

Bagi mereka yang sudah lama melayari internet tentu ebay sudah
tidak asing lagi. Walaupun ianya agak lama, masih ramai yang
menjalankan perniagaan internet melalui ebay dan mendatangkan
pulangan yang lumayan. Konsep perniagaan ebay agak mudah,
anda beli barang murah dan jual dengan harga untung.

Cara termudah untuk anda memulakan bisnes ebay ialah dengan
melihat disekeliling rumah anda. Sudah tentu ada barang yang
tidak diperlukan tetapi masih elok, dan ini boleh mendatangkan
duit diebay.

Contohnya jual barang terpakai, hadiah perkahwinan yang tak
digunakan, buku-buku lama, barangan sukan lama, jam tangan
lama, pakaian, perfume dan juga barang yang besar seperti kereta
antik dan sebagainya. Untuk melariskan jualan, saya sarankan anda
berikan penghantaran percuma kerana ini boleh meningkatkan jualan.

Jangan terkejut apabila saya beritahu komik \\"Superman 1938\\"
telah dijual diebay dengan harga
RM3,000,000 (RM3 juta!) wow!!


Perniagaan Internet #2 - Youtube

Youtube adalah laman web ketiga paling ramai pengunjung selepas
facebook dan google. Ideanya disini ialah anda boleh gunakan
pengunjung youtube untuk melawat blog atau website. Sudah tentu
trafik daripada youtube memang ramai dan yang penting sekali ianya percuma!

Pastikan sebelum anda membuat sesuatu video, siapkan blog atau
web dahulu. Dalam video anda boleh letakan link blog anda. Jika
video anda menarik dan unik, ramai yang akan klik link dibawah
video dan terus ke blog anda. Diblog anda boleh gunakan google
adsense untuk buat duit atau membina list untuk produk anda.


Perniagaan Internet #1 - Aplikasi Iphone

Jangan panik apabila saya katakan membina aplikasi iphone boleh
menjadikan anda jutawan segera. Video game Angry Birds menjana
lebih RM30 Juta dalam masa setahun. Dan game Doodle Jump pula menjana
RM36 Juta dalam tempoh yang sama dengan lebih 28,000 download sehari.

Cara termudah untuk membuat aplikasi iphone ialah dengan mengupah
orang lain membuatnyadi o-desk atau elance. Anda buatkan satu
visual game tersebut dengan powerpoint dan programmer boleh
menciptanya untuk anda dengan bayaran minima.

Siapa tahu aplikasi iphone anda bakal meletop seluruh dunia.
Yang penting anda perlukan sedikit kreativiti dan mereka
di elance akan jadikan ianya realiti.

All rite, jangan lupa untuk mulakan salah satu daripada bisnes
internet diatas. Lagi lama anda menunggu... alangkah ruginya.

(Sumber: jihadbisnes@gmail.com)


Saya berharap panduan di atas dapat membantu anda melengkapkan kejayaan di dalam bisnes internet.

Saya mengundur diri dahulu, kiranya terdapat beberapa persoalan yang ingin ditanya, boleh kemukakannya menerusi email saya (nazmai87@yahoo.com).


Sekian,

Nazirah